Kenderaan elektrik Volkswagen di AS

CHATTANOOGA, TEEN, 14 NOV – Volkswagen menjadikan Tennessee sebagai pengeluar kenderaan elektriknya yang berpangkalan di Amerika Utara, melakukan pecah tanah bagi perluasan kawasan pembinaan kilangnya di Chattanooga yang menelan belanja AS$800 juta (727 juta euro).

Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Amerika, Scott Keogh berada di kilang itu kelmarin untuk acara pecah tanah bagi perluasan kawasan pembinaan kilang tersebut.

Dalam satu pengumuman oleh Volkswagen, Keogh mengelar ia sebagai ‘satu peristiwa besar’ bagi syarikat itu.

“Kenderaan elektrik adalah masa depan mobiliti dan Volkswagen akan membinanya untuk berjuta-juta, bukan hanya jutawan,” kata Keogh.

Langkah ke arah kenderaan elektrik menggariskan usaha syarikat itu untuk melakukan transformasi selepas berdepan dengan skandal diesel 2015, di mana Volkswagen didapati menggunakan perisian bagi tujuan penipuan dalam ujian pelepasan.

Mengukuhkan lagi Imej yang lebih mesra alam, syarikat itu juga mengumumkan perkongsian dengan The Conservation Fund untuk melindungi dan memulihkan tanah di AS.

Naib Presiden Eksekutif Hal Ehwal Awam David Geanacopoulos, berucap di Chattanooga kelmarin, berkata sumbangan pertama Volkswagen akan memperluaskan kawasan pembinaan berhampiran Perhutanan Antarabangsa Cherokee sekitar 1,500 ekar (600 hektar), menurut laporan syarikat itu.

Sumbangan tersebut “akan membantu meningkatkan kualiti air, akses ke rekreasi dan penerokaan luar,” kata Geanacopoulos. – AP

Pegawai Tennesse, Chattanooga dan Volkswagen bergambar semasa acara pecah tanah bagi pembinaan kilang kenderaan elektrik Volkswagen di Chattanooga. – AP