SEBUAH kenderaan futuristik yang akan memenuhi keperluan anda bakal menjadi satu kenyataan apabila syarikat pembuatan Renault bercadang untuk merekanya dalam bentuk konsep.
Kenderaan elektrik EZ-PRO merupakan sebuah kenderaan van automatik yang direka untuk mengatasi masalah penghantaran yang dihadapi oleh peruncit dalam talian dan sebagainya.
Kenderaan yang dikuasai sepenuhnya oleh tenaga elektrik ini juga boleh berfungsi sebagai kenderaan serba guna untuk pelanggannya.
Ruangan dari pod kenderaan tanpa pemandu ini juga digunakan sebagai trak kedai kopi atau digunakan sebagai ruangan tempat membawa barangan penghantaran dalam keluasan yang lebih maksimum.
Kenderaan tersebut juga boleh dikawal dari jarak jauh dengan menggunakan alat sistem pengawasan jarak jauh, di mana ia diibaratkan sebagai sebuah teksi yang menyimpan pelbagai dokumen yang diperlukan.




Konsep-konsep tersebut telah didedahkan oleh syarikat Renault yang kini dilancarkan di Pameran Motor Hannover dengan menitikberatkan konsep masa depan kenderaan komersil ringan (LCV).
Pod kenderaan utama dibahagikan kepada dua ruangan, satu bahagian direka untuk keselesaan bagi penumpangnya dan satu bahagian lagi dioptimumkan untuk menyimpan barang dan pakej penghantaran.
Sementara bahagian tambahan yang disambung dengan kenderaan itu pula direka khusus untuk membawa kargo.
Apabila pod kenderaan itu ditetapkan kepada mod autonomi, para pekerja boleh menumpukan kepada tugas lain seperti menyelia perancangan perjalanan dan sebagainya.
Menurut Renault, sistem yang direka khas itu juga dapat memastikan setiap perkhidmatan pelanggan akan dijalankan dengan penuh cekap dan premium, seperti penyerahan barangan runcit.
“Renault EZ-PRO memperlihatkan visi penghantaran muatan terakhir bersepadu dengan ekosistem bandar pintar dan keperluan profesional,” kata Ashwani Gupta, naib presiden kanan pakatan LCV.
“Konsep ini adalah penyelesaian yang akan membuka peluang secara lebih meluas untuk mempelbagaikan rakan kongsi kami, seperti yang kami tunjukkan hari ini dengan Kumpulan DPD, Lomi Coffee, Piper-Heidsieck dan Patrick Roger.”
Sistem kawalan pod kenderaan ini turut dimuatkan bagi menitikberatkan aspek keselamatan dan ergonomik untuk keselesaan bekerja.
Ini termasuk akses kawalan dalaman kenderaan itu yang selesa dan mudah dikawal bagi pacuan empat roda jika mereka perlu mengambil alih kenderaan tersebut.
Ciri-ciri teknologi tinggi lain termasuk skrin kawalan yang memantau lalu lintas, soket iPad dan USB.
Pencahayaan ruang dalaman kenderaan itu juga akan disesuaikan kepada kebergantungan keselesaan penumpangnya dan pembahagian ruang pemisah di dalam kenderaan itu membolehkan pemandu dapat mengawasi kargo mereka.
Kenderaan itu juga boleh digerakkan secara berasingan antara satu sama lain, berpecah untuk menghantar alamat secara berasingan di jalan-jalan berdekatan.
Bagaimanpun, terdapat juga beberapa halangan yang perlu dihadapi oleh perkhidmatan penghantaran ini iaitu dari segi kos perjalanan.
Ia ditakrifkan sebagai penghantaran barang dari hab pengangkutan ke destinasi yang dituju.
Kos pengangkutan barang ini merupakan bahagian yang paling tidak cekap dan mahal dalam rangkaian penghantaran.
Untuk memotong kos tersebut, syarikat-syarikat penghantaran cuba memperkenalkan teknologi baharu yang sebahagian besarnya melibatkan kecerdasan buatan (AI).
Antaranya ialah dengan menggunakan dron penghantaran autonomi, kenderaan penyelenggaraan, di mana semua ini telah dicadangkan sejak sedekad yang lalu.
Kumpulan EZ-PRO secara automatik merancang laluan mereka, mengira keadaan lalu lintas, lampu isyarat, ruang letak kereta dan faktor lain.
Renault telah bekerjasama dengan pembekal kopi, pengeluar coklat dan firma penghantaran untuk memaparkan pelbagai konfigurasi untuk memenuhi keperluan ini.