Kenderaan kalis peluru pertama dunia

Selalu kita dengar kereta kalis peluru hanya dimiliki oleh Presiden Amerika Syarikat yang dikenali sebagai The Beast.

Sekarang, anda juga boleh memiliki kereta seperti ini di mana ia dijual dengan harga yang berpatutan bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga anda terjamin kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Menurut artikel dari Firstclasse, kereta ini direka oleh pengeluar jenama kereta berperisai berasal daripada negara Kanada iaitu INKAS.

Model Bentley Bentayga dipilih untuk pemasangan teknologi bagi pengguna yang mahukan keselamatan di tahap yang tertinggi.

Kalis peluru dan bom

Kenderaan ini mampu tahan serangan peluru senjata AK47 yang berukuran 7.62mm. Ia juga mampu menahan daripada komponen utama rosak seperti tangki minyak, suspensi, bateri kereta dan sebagainya. Selain itu, ia juga kalis serangan bom grenad, di mana jarak radius daripada serangan itu adalah 15 meter.

Kereta ini adalah jenis kenderaan utiliti sukan (SUV), di mana ia boleh mencapai tahap kelajuan 600 kuasa kuda serta transmisi lapan kelajuan automatik. – Agensi
Kenderaan hebat ini bukan sahaja selamat malah ia adalah sebuah kenderaan yang membuatkan anda berasa mewah apabila masuk ke ruangan kabin kereta ini. – Agensi
Model Bentley Bentayga dipilih untuk pemasangan teknologi bagi pengguna yang mahukan keselamatan di tahap yang tertinggi. – Agensi

Mempunyai ciri keselamatan yang canggih

Pengguna kereta ini tidak perlu risau apabila terlibat dalam ‘senario paling teruk’ kerana paip ekzos anda dilindungi dengan teknologi baharu, dilengkapi dengan sistem skrin asap, di mana penglihatan anda dari dalam kereta tidak akan terjejas dan tayar mampu tahan serta pintu elektrik.

Kelajuan yang dinamik

Kereta ini adalah jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) di mana ia boleh mencapai tahap kelajuan 600 kuasa kuda serta transmisi lapan kelajuan automatik.

Kapasiti penumpang yang boleh muat dalam kereta ini adalah seramai lima hingga tujuh orang dalam satu masa. Anda juga pasti tertarik dengan kuasa pecutan yang boleh dicapai oleh kereta ini iaitu 0-60 km/j dalam masa 4 saat.

Selesa dan mewah

Kenderaan hebat ini bukan sahaja selamat malah ia adalah sebuah kenderaan yang membuatkan anda berasa mewah apabila masuk ke ruangan kabin kereta ini.

Bentley Bentayga menawarkan kerusi kulit bagi penumpangnya. Ketinggian kerusi ini boleh dilaraskan mengikut kemahuan anda.

Ia juga turut dilengkapi dengan lampu dalaman yang boleh diubah mengikut mood dan yang paling penting sistem audio dalamannya menggunakan Sistem Audio Sekeliling.

Justeru, spesifikasi kenderaan ini dilihat sangat hebat, adakah anda ingin memilikinya, berbaloikah untuk membeli-nya, kuasa membeli berada di tangan anda. – Agensi