Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kenderaan lebih muatan punca jalan raya mudah rosak

    KOTA KINABALU, 23 MEI – Kehadiran jentera lebih muatan terutama di kawasan luar bandar dan jangka hayat luput merupakan antara faktor utama jalan raya di Sabah mudah rosak, kata Pengarah Kerja Raya Sabah, Ali Ahmad Hamid.

    Beliau berkata pihaknya mengesan terdapat kegiatan kenderaan membawa lebih muatan antaranya membawa kelapa sawit dan kayu balak menggunakan jalan tersebut terutama di kawasan luar bandar, menyebabkan jalan raya dibina menghadapi tekanan berlebihan seterusnya cepat rosak.

    “Mereka yang terlibat dengan kegiatan ini amat licik kerana mengetahui cara untuk mengelak daripada penguatkuasa, antaranya melalui jalan itu pada pukul 1 pagi dan mempunyai komunikasi radio untuk mengesan pergerakan pihak berkuasa,” katanya.

    Beliau menjelaskan struktur lapisan jalan menjadi mampat dan dimasuki tanah apabila dilalui kenderaan lebih muatan mengakibatkan ketebalan jalan raya berkurangan dan struktur jalan menjadi lemah.

    “Kita tidak nafikan kadang-kadang kualiti pembinaan jalan raya itu juga adalah satu isu, tidak diselia dengan bagus menyebabkan jalan raya itu cepat rosak, tetapi isu lebih penting (ialah) jalan ini cepat rosak disebabkan kenderaan lebih muatan,” katanya dalam temu bual mengulas isu kerosakan jalan raya di negeri ini secara dalam talian menerusi platform Youtube hari ini.

    Ali Ahmad berkata semua pihak termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, JKR, pengusaha kelapa sawit dan juga penduduk tempatan perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi mengekang kegiatan kenderaan lebih muatan yang merosakkan jalan raya di negeri berkenaan.

    Selain itu, beliau berkata setiap jalan raya yang dibina mempunyai jangka hayat tertentu dan pihaknya mendapati kebanyakan jalan raya Persekutuan, terutama di sekitar laluan Pan Borneo, telah melepasi jangka hayatnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...