Kenderaan pelakon terkenal diserang

TOKYO, 5 SEPT – Sebuah kenderaan membawa pengarah filem Jepun dan pelakon Takeshi Kitano telah diserang oleh seorang lelaki menggunakan cangkul burung (pickaxe) dan sebilah pisau, lapor media.

Kitano, 74, juga seorang ahli komedi di Jepun, berada di dalam kenderaan di premis rangkaian swasta TBS di Tokyo ketika serangan berlaku lewat malam kelmarin, lapor stesen.

Penyerangnya merupakan seorang lelaki berusia 40an dari rantau Chiba timur Tokyo, memecahkan cermin dan menghentam bahagian lain kenderaan tersebut, lapor TBS dan media tempatan lain.

Kitano juga dikenali dengan nama pentasnya, Beat Takeshi.

Tidak ada yang cedera dalam serangan malam semalam, menurut laporan, yang menurut penyiar nasional NHK berlaku selepas Kitano selesai membuat penggambaran berita siaran langsung dan pertunjukan hiburan bagi TBS.

Polis kemudian menangkap lelaki itu serta-merta dan menyiasat motifnya, kata NTV. – AFP