Kentut tertuduh lenyapkan sunyi mahkamah

LONDON, 2006 – Seorang tersangka disumbat ke dalam sel selepas dia melepaskan kentut di dalam sebuah mahkamah Britain, kemudian ketawa terbahak-bahak kerananya.

Joseph Wildy berkentut dan enggan meminta maaf selepas dia ketawa mengenainya bersama rakan defendan.

Walau bagaimanapun, majistret Simon Bridge yang menghakimi di Blackpool, di pesisir barat daya England, tidak terhibur dengan gangguannya. Dia mendapati Wildy menghina mahkamah dan mengarahkannya dilokap.

Selepas reda daripada ketawanya di sel, Wildy kembali ke mahkamah 90 minit kemudian dan meminta maaf kepada Bridge.

“Dia ketawa di dalam mahkamah, disebabkan itulah dia didapati menghina,” kata seorang jurucakap wanita mahkamah.

“Ia adalah kerana mengganggu prosiding dengan ketawa, kemudian enggan meminta maaf.”

Wildy mengaku tidak bersalah mengendalikan barangan curi dan kemudiannya diikat jamin untuk muncul semula pada tarikh kemudiannya untuk mahkamah sama.