Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Kenyataan tular Sukan SEA tidak benar

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Berikutan mengenai kenyataan yang tular di laman media sosial Facebook berhubung Sukan SEA 2027, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak rasmi dan tidak diketahui akan sumbernya.

Beliau seterusnya mengongsikan hasrat Negara Brunei Darussalam untuk menjadi tuan rumah secara tentative bagi Sukan SEA 2027, yang mana tertakluk kepada keputusan akhir telah disampaikan melalui Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada pihak Persekutuan Sukan SEA (SEAGA) pada pertengahan tahun 2021.

Katanya lagi, “Hasrat adalah tertakluk kepada keputusan akhir, walau bagaimanapun setelah membuat penilaian secara terperinci, Negara Brunei Darussalam telah memutuskan untuk mengundur daripada hasrat tentative berkenaan yang telah disampaikan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan semasa mesyuarat SEAGA pada 7 Disember.”

Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan mengenai menaiktarafkan kemudahan sukan akan diteruskan walaupun negara menjadi tuan rumah atau pun tidak kerana kerja pembaikan, menaik taraf dan pengubah suaian ini dirancang bukan hanya disebabkan oleh Sukan SEA sahaja.

“Ianya dirancang bagi kegunaan masyarakat, atlet secara berpanjangan dan perancangan ini akan dirancang dan diteruskan sebagai sebahagian daripada rancangan pihak KKBS untuk menaik taraf, mengubah suai dan membaiki,” tambahnya.

Katanya lagi, “beberapa projek telah dilaksanakan dan akan dirancang. Salah satunya adalah Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang mana projek ini akan selesai pada Oktober 2022”.

Di samping itu, kerja-kerja menaik taraf seperti di Kompleks Sukan Menglait telah selesai dan seterusnya akan membuat kerja pembaikan di Stadium Tertutup yang mana perancangan ini akan diteruskan kerana ia memerlukan pembaikan dan penaiktarafan, agar sentiasa terus digunakan oleh masyarakat dan penggemar sukan di negara ini.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Muiz Matdani
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -