Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepala cedera, diparang abang kandung

    Oleh Arissa

     

    LAWAS, 11 Julai – Seorang lelaki bertindak ganas selepas menetak adik kandung sendiri menggunakan sebilah parang dalam kejadian yang berlaku di Kampung Batu Tiga, Jalan Trusan petang semalam.

    Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai ditetak abang kandungnya tanpa mengetahui sebabnya bertindak sedemikian pada kejadian jam 3 petang.

    Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek 28, kemudiannya berjaya diberkas sejurus selepas kejadian itu.

    “Kita juga merampas sebilah parang berukuran 37.5 sentimeter yang digunakan untuk menetak mangsa,” katanya di sini hari ini.

    Mangsa yang cedera selepas ditetak abang kandung.
    Mangsa yang cedera selepas ditetak abang kandung.

    Katanya siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca suspek bertindak ganas terhadap adik kandungnya.

    Terdahulu katanya ayah mangsa membuat laporan polis berhubung insiden itu sebaik dimaklumkan isterinya melalui telefon bimbit.

    Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Lawas dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda