MAPUTO – Mafalala, ibu kota tepi laut Mozambique dengan binaan bangunan yang berunsurkan seni bina Portugis dan blok pangsapuri moden abad pertengahan di beberapa kawasan kejiranan berhampiran lorong-lorong yang dipenuhi dengan pondok beratap timah adalah kawasan paling terkenal di Maputo.
Tempat itu kebanyakannya memperlihatkan budaya pasca kemerdekaan negara tersebut.
Walau bagaimanapun, tempat tersebut adalah salah satu negara termiskin di dunia apabila penduduknya mengalami kesukaran untuk memanfaatkan warisan komuniti mereka sendiri.
Tiga tahun yang lalu, sekumpulan pelajar dan ahli pakar memutuskan untuk mengubahnya dengan membuka muzium agar dapat memulihara sejarah dan budaya di daerah tersebut.
Pengarah Muzium Mafalala, Ivan Laranjeira mengatakan mereka sering kali menyebut Mafalala itu adalah ibu kota Maputo sambil menambah ia adalah ‘hati dan jiwa’ bagi bandar berkenaan.
Kebanyakan anak muda di Mafalala berusaha untuk bertahan dari hari ke hari kerana tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya warisan dan kreativiti yang mereka miliki telah menyebabkan mereka bergantung pada kerja yang tidak formal.
Namun daerah itu telah melahirkan dua presiden Mozambique, Samora Machel dan Joaquim Chissano, pemain bola sepak legenda Eusebio da Silva Ferreira, dan penyair Jose Craveirinha.
Sejak abad ke-19, Mafalala menjadi tarikan bagi pekerja dari luar bandar Mozambique kerana sewa yang murah dan perjalanan ke pusat bandar yang tidak mengambil masa yang lama.
Dengan adanya 30 jenis bahasa Mozambique dituturkan, masjid dan gereja yang berdekatan, dinding blok yang dihiasi dengan mural berwarna-warni telah menjadikannya sebuah hab yang penuh dengan kepelbagaian budaya.
Pelancong dialu-alukan untuk membuat lawatan sambil berjalan kaki dan merasai masakan tempatan tetapi ia jarang berlaku di daerah tersebut.
Kaya dengan warisan
Salah seorang penduduk di daerah tersebut, Laranjeira mengatakan bahawa Mafalala mempunyai sesuatu yang istimewa, menjadikan ia sebagai sebuah tempat bersejarah.
“Mafalala adalah kawasan kejiranan yang sebenarnya adalah muzium yang hidup,” tambahnya.
Papan tanda di jalan yang menyenaraikan beberapa tarikan tempatan seperti rumah kediaman Machel, tempat kelahiran Eusebio dan penghormatan kepada penyair Craveirinha dengan puisinya ‘Capturing the Spirit of the Place’.
Tetapi banyak rumah tokoh terkenal di daerah itu telah runtuh atau kini diduduki oleh penduduk baharu.
Di lorong-lorong Mafalala itulah semangat perubahan revolusi dibangkitkan dan dipu-puk bagi menentang penjajah Portugis, dalam perang selama sedekad yang membuka jalan menuju kemerdekaan pada tahun 1975.
Sejak itu, para revolusioner telah memimpin negara tetapi kegembiraan selepas mendapat kebebasan tersebut telah berkurangan.
Kini hanya anak muda dilihat bermain bola berkaki ayam di padang berpasir, di hadapan imej grafiti Eusebio.
Kembali ke muzium, Laranjeira yang telah menghabiskan masa selama 15 tahun bekerja untuk memulihara sejarah di daerah tersebut sambil menerangkan barangan yang dipamerkan.
Salah satu daripada barang pameran ialah gitar buatan tangan yang diperbuat daripada kotak timah dengan tali yang diperbuat daripada bahan motosikal.
Ia digunakan oleh penyanyi terdahulu yang menyanyikan lagu tarian kebangsaan yang dipanggil sebagai Marrabenta.
Selain daripada itu, terdapat juga pakaiaan tradisional serta kain bola sepak yang pernah digunakan oleh Eusebio, yang membawa pasukan Portugal menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun 1960an.
Tetapi semua koleksi yang dipamerkan bukan sahaja menjadi titik penting dalam muzium tersebut kerana tempat tersebut juga merupakan pusat pendidikan budaya untuk para belia di kejiranan berkenaan.
Sementara itu, muzik juga mengambil peranan penting dalam budaya Mafalala.
“Mafalala adalah tempat lahirnya penciptaan muzik,” kata penyanyi rap, Danilo Malele, yang dikenali dengan nama pentasnya ‘Kloro’.
Dia telah mencipta lagu yang didedikasikan untuk daerah tersebut, yang dipanggil ‘Show na mayf’.
Menurut Danilo Malele, potensi muzik di daerah tersebut terhalang oleh kemiskinan yang melanda walaupun ahli muzik tidak bimbang untuk meneruskan dalam bidang berkenaan tetapi ia menjadi sukar apabila mereka terpaksa meninggalkan karier muzik kerana mempunyai perkara lain yang lebih penting.
Penari berusia 28 tahun, Jamal Age bersetuju dengan kenyataan yang dikatakan oleh Danilo walaupun sekurang-kurangnya dalam hal breakdance tetapi dia mengatakan bahawa ia tidak menjamin masa depannya.
“Kami suka budaya kami, sama ada menari, menyanyi, muzik tetapi masalahnya ialah kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai seni ini,” kata Age.
Apabila dia tidak menari ataupun merakam persembahannya, dia akan berada di bengkel membuat kerusi sofa di kejiranan tersebut.
Pada masa ini, kegiatan orang yang lebih kaya berpindah masuk semakin meningkat yang mengancam penduduk asal untuk berpindah keluar dari metropolis.
Vila mewah dan teres paling bergaya di Mafalala kelihatan hanya beberapa blok jauhnya, sebahagian daripada pengubahsuaian pusat bandar yang diperbaharui dan kini telah menempatkan banyak golongan ekspatriat dan elit di bandar tersebut. – AFP