Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Kepentingan dalam kekalkan cerita warisan budaya

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Para peserta Inisiatif Filem Dokumentari Mengupas Cerita yang dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah menghadiri kuliah Dr Maslin bin Haji Jukim dari Universiti Brunei Darussalam yang membincangkan cerita rakyat berharga yang dimiliki oleh rakyat Brunei generasi terdahulu dan kepentingan mengekalkan cerita-cerita berkenaan sebagai warisan budaya negara.

    Menurut kenyataan yang diberikan, Dr Maslin menggunakan bukunya yang diterbitkan baru-baru ini, The Etiological Tale of the Hills, Rivers and Wells in Brunei dalam kuliahnya yang berlangsung di Mahakarya Institute of the Arts Asia, Batu Satu.

    Penerbitan berkenaan merupakan percubaan pertama dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan legenda tempat menarik terpilih seperti Bukit Bedil, Sungai Pamarang dan Perigi Arung Si Marang.

    Penyelaras Mengupas Cerita, Dr Alex Fischer menjelaskan, “Buku ini menjaga kisah asal-usul kesultanan dan meraikan masa lalu dengan menjadikannya relevan dalam dunia moden. Pembikin filem dokumentari Brunei harus menggunakan sumber ini sebagai titik tolak bagi produksi.”

    Dr Maslin juga menggunakan kuliah berkenaan untuk memberi peringatan tentang ketepatan masa temu bual. Beliau memberi amaran kepada pembikin filem supaya proaktif dan mengumpul sebanyak mungkin cerita sebelum generasi yang lebih tua tiada lagi untuk menceritakan kisah mereka.

    Dr Maslin bersama peserta yang hadir pada sesi kuliah tersebut. – Gambar serahan Mahakarya Institute of the Arts Asia
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...