Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kepentingan ESG dalam kewangan Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan BIBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Pengurusan Aset BIBD (BIBD AM) telah mengambil bahagian dalam perbincangan Meja Bulat Tahunan Brunei Darussalam ke-14, baru-baru ini dengan memberi penekanan akan kepentingan menyepadukan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam kewangan Islam untuk mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif dan menyeluruh.

    Firma pengurusan aset yang beroperasi di bawah lesen BIBD Securities (BIBDS) pada perbincangan itu telah diwakili oleh Pemangku Pengarah Urusan BIBDS, Jason Wong.

    Beliau antara lain berkongsi beberapa persamaan konsep ESG dan kewangan Islam di mana kedua-duanya berkongsi prinsip asas seperti mengelakkan bahaya, dan pada tahap makroekonomi, kewangan Islam dan ESG berperanan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial, infrastruktur dan kemakmuran.

    Kewangan Islam pada masa ini menerima pakai pengecualian pendekatan berasaskan saringan yang bergantung kepada objektif perniagaan, operasi sektor dan memanfaatkan pertimbangan manakala ESG pula bermatlamat mengamalkan pendekatan proaktif di mana pelabur mencari bukti tujuan positif.

    “Memandangkan prinsip asas yang sama, adalah tidak menghairankan terdapat tumpuan yang kuat antara kewangan Islam dan ESG. Sebagai pengurus pelaburan, menjadi tanggungjawab kami untuk mengurus persamaan ini dan seterusnya menggabungkan skala ekonomi antara kewangan Islam dan ESG”, tambahnya.

    Beliau turut mengongsikan yang BIBD AM telah ditubuhkan pada 2019 dengan matlamat untuk menggabungkan ESG dan kewangan Islam denganmengambil pendekatan terbaik daripada setiap sektor.

    Sementara itu, Ketua Kewangan Berstruktur BIBD, Awang Azim Mohammad pula berkongsi bahawa COVID-19 telah memusnahkan keseluruhan ekonomi global dan Brunei juga tidak terkecuali.

    Seminar itu menyediakan ruang kepada pengawal selia kewangan tempatan dan serantau serta penyampai industri untuk berkongsi idea menarik dan maklumat nilai tambah mengenai strategi pelaburan semasa di rantau ini, pembangunan infrastruktur dan prospek pasaran ekonomi dan kewangan di rantau ASEAN serta peluang selepas 2022, sekali gus menyumbang kepada penjajaran rancangan pembinaan kapasiti masa hadapan.

    Meja bulat itu dihadiri peserta tempatan dan luar negara termasuk pegawai kerajaan, pengawal selia kewangan dan industri.

    Ahli-ahli panel pada perbincangan Meja Bulat Tahunan Brunei Darussalam yang diadakan baru-baru ini.
    Antara yang hadir pada sesi perbincangan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...