Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kepentingan transformasi digital atasi cabaran

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Dynamik Technologies

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Pendigitalan sektor tenaga adalah amat mustahak disebabkan cabaran-cabaran daripada pandemik di mana terdapat keperluan untuk mempercepatkan aktiviti-aktiviti transformasi digital bagi mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan serta kekal kompetitif.

    Dalam hubungan itu, industri tenaga sebagai nadi ekonomi negara, adalah amat penting bagi industri berkenaan untuk memanfaatkan penyelesaian dan rakan-rakan teknologi supaya mampu terus maju serta dapat menerajui hala tuju memasuki ekonomi digital hari esok.

    Penekanan itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies, Dayang Haslina binti Haji Mohd Taib dalam kata alu-aluannya semasa Bengkel Pendigital untuk Industri Tenaga bertajuk Transforming the Digital Future of Energy yang berlangsung secara maya, hari ini.

    Bengkel yang dianjurkan oleh Dynamik Technologies Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Petroleum Authority Brunei Darussalam itu dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Pengarah Urusan Interim Petroleum Authority Brunei Darussalam, Haji Azhar bin Haji Yahya selaku tetamu kehormat.

    Bengkel itu turut disertai oleh ketua-ketua pegawai teknologi, ketua IT dan pegawai-pegawai utama dari syarikat-syarikat utama minyak dan gas tempatan seperti Petroleum Authority Brunei Darussalam, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Brunei Gas Carriers, Total, Brunei Fertilizer Industries dan Brunei Methanol Company.

    Dalam kata alu-aluannya lagi, Dayang Haslina menyatakan bahawa berkaitan dengan industri tenaga, pihaknya telah dapat menyediakan penyelesaian seperti sokongan bagi penyelenggaraan telaga, kecekapan operasi loji serta juga portal pengurusan sumber manusia dan sistem pengurusan pembelajaran.

    Bengkel itu mengetengahkan pelbagai kajian kes pendigitalan dan kisah kejayaan bagi pemain-pemain industri tenaga utama dunia. Ia juga mengetengahkan perkongsian oleh rakan kongsi Dynamik Technologies bagi platform kod rendah, Outsystems, iaitu peneraju dalam Gartner Magic Quadrant for Enterprise Low-Code Application Platforms 2021. Platform kod rendah Outsystems merupakan sebuah aplikasi pembangunan berpandukan model visual yang menggunakan kecerdasan buatan, DevOps dan cloud technologies untuk membangunkan perisian dan aplikasi perusahaan masa hadapan yang lebih baik dan pantas.

    Dynamik baru-baru ini, telah dinamakan sebagai Out-sytems Partner of the Year (Asia Pacific) 2021, sebagai pengiktirafan terhadap aktiviti-aktivitinya untuk mempromosikan, membangunkan dan meningkatkan kemahiran dalam sumber, aplikasi dan platform kod rendah.

    Ketua-ketua pegawai teknologi, ketua IT dan pegawai-pegawai utama daripada syarikat-syarikat utama minyak dan gas tempatan terdiri daripada Petroleum Authority Brunei Darussalam, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), Brunei Gas Carriers, Total, Brunei Fertilizer Industries dan Brunei Methanol Company ketika menghadiri bengkel secara maya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...