Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepentingan untuk menghias meja makan

    KEGHAIRAHAN menghias rumah dengan konsep tertentu menjadi ‘fenomena’ baharu khususnya dalam kalangan penghuni kota. Minat tersebut sedikit sebanyak dicetuskan dengan kemunculan majalah-majalah laman dan dekorasi di pasaran untuk dijadikan rujukan.

    Turut menerima tempias golongan yang tinggal di luar serta pinggiran bandar.

    Kalau dulu, jika disebut dekorasi kediaman, masyarakat luar bandar memilih gaya hidup seringkas yang boleh. Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

    Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

    Sama ada memilih gaya moden, retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

    Tidak ketinggalan, ruang meja makan menjadi tumpuan penting bagi penggemar dekorasi kediaman.

    Membangkitkan seri kediaman

    Mana tidaknya, kekemasan ruang tersebut membangkitkan seri kediaman. Ruang makan menjadi pusat keluarga untuk berkumpul bersama, berbual cerita tentang kehidupan mereka dan makan makanan yang baik.

    Tahukah anda, meja makan yang dihias dengan pinggang mangkuk cantik akan menaikkan selera dan memberi keseronokan ketika menikmati makanan.

    Antara elemen yang menjadi hiasan utama ruang meja makan ialah lapik atau alas meja makan.

    Tidak hairanlah ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk dekorasi meja makan.

    Antara elemen yang menjadi hiasan utama ruang meja makan ialah lapik atau alas meja makan. Sebaik-baiknya, tidak perlu membeli alas yang mahal tetapi pilihlah yang selesa.

    Ada juga mereka yang membuat sendiri rekaan alas meja dan ini sebenarnya lebih kreatif dan jimat. Bagi mereka yang menggunakan meja makan setiap hari, gunakan alas plastik yang mudah dibersihkan.

    Kemudian, anda boleh menghias meja makan dengan pinggan mangkuk dan gelas bercorak. Misalnya, Ittala tampil dengan pelbagai corak juga yang polos untuk gaya meja makan moden.

    Lebih menarik anda boleh menghias ruang makan dengan bekas lilin, pasu-pasu dan bunga mengikut kreativiti anda. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda