Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Pelonggaran sekatan yang membawa kepada banyak pergerakan dan perkumpulan sudah dijangka akan meningkatkan jumlah kes COVID di negara ini, namun membuat ujian pantas antigen (ART) dan segera mengasingkan diri sebaik sahaja mendapati keputusan positif masih dibuat oleh penduduk negara ini.
Bilangan mutlak ini sememangnya diketahui, tetapi apa yang lebih penting adalah kategori 4 dan 5 yang perlu dipantau disebabkan ia boleh menjejaskan sistem kesihatan kita.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu ketika menjawab persoalan gelombang baharu apabila melihat jumlah kes dilaporkan pada sidang media COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.
Selain itu, ia adalah satu keperluan untuk negara melaporkan ke Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tambahnya.