‘Keperluan segera’ langkah tangani impak virus

WASHINGTON, 16 APRIL – Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu mengambil langkah ‘luar biasa’ untuk menangani kemusnahan ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik koronavirus, kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Steve Mnuchin hari ini.

Ini terutamanya negara-negara miskin yang mudah terjejas, dan pegawai AS menawarkan sokongan bagi peminjaman kecemasan melalui Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

“Dengan kebanyakan ramalan menunjukkan kemelesetan teruk namun kejutan sementara, perlunya bantuan segera bagi semua anggota untuk mengerahkan tindakan monetari dan fiskal luar biasa untuk menangani kesan sampingan wabak dan mengehadkan kemusnahan kepada ekonomi dengan meletakkan asas pemulihan teguh,” kata Mnuchin dalam kenyataannya kepada mesyuarat maya bagi dua organisasi pemberi pinjaman itu.

Selain itu, “kita perlu bersiap sedia untuk mempercepatkan dan mengembangkan tindakan dasar kita jika diperlukan ketika keadaan berkembang.”

Kerajaan AS telah memperuntukkan lebih AS$2 trilion dalam sokongan dan memberi pinjaman kepada industri-industri terjejas seperti syarikat penerbangan, dan IMF menganggarkan ekonomi-ekonomi terbesar di dunia telah mengepam AS$8 trilion dalam ekonomi. – AFP

Steve Mnuchin semasa bercakap di Rumah Putih pada 13 April di Washington. – AFP