Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Kepimpinan Haslina dapat pengiktirafan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Kepimpinan berwawasan Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies, Dayang Haslina binti Haji Mohd Taib mendapat pengiktirafan apabila beliau diiktiraf sebagai Asia’s Most Inspiring Executive dalam Anugerah Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES), baru-baru ini.

    Penyampaian anugerah tahunan ACES berkenaan berlangsung di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, yang menyaksikan para pemimpin korporat dan syarikat terbaik Asia dari semua industri berhimpun dan menerima anugerah masing-masing.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dynamik Technologies, penghargaan berkenaan bertujuan untuk memberi penghormatan kepada eksekutif-eksekutif tertinggi yang memainkan peranan penting dalam operasi harian sesebuah organisasi yang memacunya ke tahap produktiviti perniagaan dan kecekapan organisasi yang lebih tinggi.

    Dayang Haslina dipuji bagi kepimpinan prolifik dan rekod prestasi industri yang telah membawa kepada pertumbuhan progresif Dynamik Technologies dan sebagai salah satu personaliti perniagaan yang paling diiktiraf di rantau Asia.

    Sepanjang kepimpinannya, Dayang Haslina bersama 200 orang kakitangan syarikat telah menyampaikan lebih 10 projek transformasi e-kerajaan kebangsaan dalam bidang kewangan, sumber manusia, cukai, pendaftaran dan kebajikan dengan menyokong 50,000 pengguna perusahaan di seluruh negara dan orang awam.

    Dayang Haslina bersama anu-gerah yang diterima. – Gambar serahan Dynamik Technologies

    Menurut Dynamik Technologies, pembangunan sumber manusia terus menjadi keutamaan bagi Dayang Haslina, dengan meningkatkan set kemahiran dan keupayaan untuk pekerja dengan latihan, pensijilan dan kecekapan antarabangsa yang relevan dengan penanda aras.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MORS, Shanggari Balakrishnan dipetik berkata, wanita dalam teknologi dilihat membawa kesan kemanusiaan ke dalam syarikat yang mereka pimpin misalnya Dayang

    Haslina dengan sikapnya yang go-getter, can-do attitude, ditambah lagi dengan kepakaran menganalisis situasi, dan dedikasi beliau dalam untuk pembelajaran secara berterusan.

    Sementara itu, Dayang Haslina menyifatkan kemenangannya itu sebagai pengiktirafan, bukan sahaja untuk dirinya, tetapi kepada semua orang yang telah menyumbang kepa-da pertumbuhan dan perkembangan serta mempercayai dirinya untuk memimpin.

    “Adalah penting sebagai pemimpin kita mewujudkan persekitaran inklusif bagi memastikan masyarakat boleh mendapat peluang yang sama untuk memberikan hasil yang luar biasa,” ujarnya.

    Dalam pada itu, pada Ogos lalu, Dayang Haslina turut dianugerahkan gelaran Asia’s Woman Leader oleh CMO Asia dan Kongres Kepimpinan Wanita Sedunia.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...