BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Umat Islam perlu mentaati Allah S.W.T dan Rasulnya, Nabi Muhammad S.A.W serta Ulil Amri iaitu seorang pemimpin dan jika berlakunya perselisihan faham atau pertikaian sesama kita, hendaklah diselesaikan menurut hukuman Allah SWT dan ajaran RasulNya.
Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menekankan perkara tersebut dalam Khutbah Khas sempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Menaiki Takhta di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah hari ini. (Klik di sini untuk berita lanjut)