Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Kepulangan Bale kurang beri impak kepada Madrid

    MADRID, 13 FEB – Real Madrid terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Villarreal kelmarin walaupun Gareth Bale kembali daripada ketiadaan akibat kecederaan yang lama.

    Kesilapan pendahulu La Liga itu akan memberi harapan baharu kepada Sevilla untuk mencabar kejuaraan setelah menang 2-0 ke atas Elche Jumaat lalu.

    Skuad kendalian Carlo Ancelotti, Real mendahului empat mata di hadapn Sevilla yang berada di tangga kedua ketika mereka ingin merampas semula gelaran yang diraih Atletico Madrid pada musim lalu.

    Real menduduki kedudukan teratas La Liga dengan 54 mata dengan Sevilla 50 dan Real Betis berada di tempat ketiga dengan 40 mata.

    Atletico Madrid, yang begelut, menewaskan Getafe 4-3 pada perlawanan lewat kelmarin untuk naik ke tangga keempat dengan 39 mata tetapi mengekori Real dengan ketinggalan 15 mata.

    Angel Correa menjaringkan dua gol dan Matheus Cunha turut mendahului sebelum Mario Hermoso menjaringkan gol kemenangan Atletico pada minit ke-89. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...