Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kepulangan kontinjen Gimrama disambut meriah

    SEPANG, 9 OGOS – Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan Malaysia apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

    Barisan skuad gimrama Malaysia diketuai pengurus pasukan, Corine Beh Yeat Chen, disertai ketiga-tiga atlet gimnas Koi Sie Yan, Ng Joe Ee dan Izzah Amzan yang pulang dengan pesawat Penerbangan Turkish TK060,  selamat mendarat di KLIA pada 5:15 petang. 

    Penyumbang pingat emas kelima dan keenam temasya itu, gimnas muda Malaysia, Joe Ee serta pemenang pingat gangsa Izzah disambut keluarga dan peminat sukan tanah air dengan jambangan bunga dan sorakan gemuruh. 

    Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Abdullah Hasan, dan  Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias.

    Pada temasya itu, Joe Ee, berusia 16 tahun, menyumbangkan emas kelima melalui disiplin bola dan selang beberapa jam kemudian menghadiahkan pingat emas ke-enam kepada Malaysia dalam disiplin riben, sekali gus melakar sejarah sebagai gimnas Malaysia pertama membawa pulang dua emas individu di Sukan Komanwel. – Bernama

    Timbalan Ketua Setiausaha KBS, Abdullah Hassan ketika menyambut kepulangan atlet gimrama di KLIA. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...