Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Kepulangan Raducanu terpaksa ditangguhkan

    HONG KONG, 14 NOV – Emma Raducanu mengharungi satu lagi cabaran dalam ‘tahun yang mencabar’ selepas bekas juara Terbuka AS itu menarik diri daripada kepulangan di kejohanan persahabatan di Macau bulan hadapan.

    Pemain kelahiran Britain, yang akan meraikan ulang tahun ke 21 pada Isnin, tidak beraksi sejak April selepas menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangan dan juga buku lali.

    Dia menyasarkan Macau Tennis Masters pada 2 hingga 3 Disember untuk kepulangannya namun namanya tidak disenaraikan ketika pengumuman akhir dibuat pada Isnin, dengan penganjur berkata ‘kecederaan (menyebabkan) barisan pemain dirombak’.

    Raducanu mengejutkan dunia tenis dua tahun lalu apabila dia memenangi Terbuka AS sebagai pemain kelayakan ketika berusia 18 tahun.

    Tetapi dia bergelut untuk mendapatkan rentak dan kecergasan dan kini menduduki ranking ke-289 dunia.

    Walau bagaimanapun, dia kembali menjalani latihan susulan kecederaan yang memaksanya rehat panjang dan dilaporkan dia menyasarkan untuk membuat kepulangan awal tahun hadapan.

    Terbuka Australia akan bermula 14 Januari.- AFP

    Gambar hiasan Freepik

     

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...