Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kepulangan wira para negara disambut meriah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Kepulangan kontinjen Negara Brunei Darussalam ke tanah air disambut meriah selepas berada di Solo, Indonesia bagi menyertai Sukan Para ASEAN Ke-11.

    Kepulangan kontinjen negara disambut oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Dayang Zainab binti Haji Morshidi.

    Secara keseluruhan atlet negara berjaya merangkul satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga gangsa dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan.

    Atlet para Brunei, Hirdan bin Haji Abdul Kadir berjaya raih pingat emas menerusi acara lempar peluru F56 lelaki dan pingat perak dalam acara rejam lembing F56, sementara Shari bin Haji Juma’at berjaya memenangi dua pingat gangsa dalam acara lempar cakera F54-F55 dan rejam lembing F54-F55.

    Zainul Wardi bin Haji Talip turut menyumbangkan pingat gangsa untuk negara dalam acara lempar cakera F35-F37.

    Semasa ditemu bual, Awang Hirdan berkata, “Dengan keputusan yang saya capai, ia tidak mencapai rekod terbaik peribadi kerana latihan mungkin tidak mencukupi. Saya hanya menjalani latihan selama tiga bulan.”

    Para atlet kebangsaan turut meluahkan rasa syukur kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kerana memberikan sokongan terutama menyediakan jurulatih dan Majlis Paralimpik Brunei Darussalam (PCBD) bagi menguruskan sukan.

    Kontinjen negara telah diketuai oleh Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor selaku chef de mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para ASEAN ke-11, Solo, Indonesia 2022.

    Gambar ramai atlet para yang disambut dengan sambutan wira sejurus pulang ke tanah air selepas berjuang di Sukan Para ASEAN ke-11 di Indonesia.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...