Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Keputusan ART boleh dilapor melalui BruHealth

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Orang ramai akan dapat melaporkan keputusan ujian pantas antigen (ART) secara langsung melalui aplikasi BruHealth dalam waktu terdekat ini setelah penambahbaikan, yang sedang dijalankan, selesai dilaksanakan.

    Menerusi pengemaskinian aplikasi berkenaan, orang ramai yang didapati positif atau dalam tempoh kuarantin akan diberikan kit ART khas yang mengandungi kod QR di mana apabila mereka mengimbas pada kod BruHealth berkenaan akan membolehkan aplikasi BruHealth untuk mengenal pasti kesahihan milik kit ART dan empunya itu sendiri yang melakukannya.

    Langkah penambahbaikan dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar bagi menjawab persoalan pengamal media berhubung perancangan Kementerian Kesihatan untuk mengemas kini aplikasi BruHealth, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Dato berkata, sementara waktu ini orang ramai yang berkenaan dikehendaki melayari portal Kementerian Kesihatan untuk melaporkan status kesihatan.

    Namun bagi sesiapa yang tiada memiliki kemudahan peranti seperti komputer maka mereka boleh menghubungi talian 8333123 untuk mengemaskinikan status kesihatan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...