‘Keputusan di tangan Hazard’

LONDON, 5 Dis – Pemain perancang Belgium, Eden Hazard perlu menentukan keputusannya sama ada dia mahu memastikan dirinya kekal di Chelsea dan menyambung kontraknya yang dikhabarkan bernilai 350,000 pound seminggu, menurut pengurus kelab itu, Maurizio Sarri.

Pemain berusia 27 tahun itu, dengan kontraknya ketika ini hanya mengekalkannya hingga 2020, dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid selepas persembahan hebat di Piala Dunia, menginspirasikan laluan Belgium ke tiga pasukan terbaik.

Bagaimanapun, Sarri berkata tawaran Chelsea sudah di atas meja dan kini keputusan di tangan Hazard.

Hazard, yang menyertai Chelsea dengan harga 32 juta euro dari Ligue 1 pada tahun 2012, dia kerap bercakap mengenai dilema yang dihadapinya sama ada menyambung kontrak bersama atau merebut peluang beraksi di Real.

“Kelab bersedia untuk menandatangani satu persetujuan baharu dengan segera, tetapi ia terpulang padanya jika dia mahu.

Hazard cuba mengawal bola sambil diasak oleh pemain Fulham dalam saingan Liga Perdana baru-baru ini. Sarri menegaskan bahawa Hazard perlu menentukan masa depannya di Chelsea. – AP

“Saya mahu Eden di sini, tetapi setentunya saya dia berada di sini jika dia mahu di sini.”

Risiko yang dihadapi Chelsea jika kontrak tidak disambung adalah, Hazard akan dijual atau kelab berisiko kehilangannya dengan percuma.

“Saya tahu bahawa terdapat banyak perbincangan antara kelab dan pengurus Eden setiap minggu, saya fikir jika ada perkembangan baharu, kelab akan menghubungi saya dengan segera.”

Tetapi selain Hazard, Sarri juga berisiko kehilangan dua pemain veteran, David Luiz dan Cesc Fabregas.

Sementara itu, Cesar Azpilicueta, antara pemain yang sudah lama berkhidmat di Chelsea, menandatangani kontrak empat tahun. – AFP