Keputusan HECAS 2021 keluar esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Pengumuman bagi keputusan HECAS 2021 (pengambilan pusingan kedua) untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Politeknik Brunei bagi kemasukan bulan Januari 2022, sesi akademik 2021/2022 akan dikeluarkan pada 6 November ini, pukul 8:30 pagi.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa pemohon-pemohon bolehlah mengakses akaun HECAS masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman sesawang HECAS iaitu https://hecas.moe.gov.bn.

Bagi keterangan lanjut, layari laman sesawang Kementerian Pendidikan di http://moe.gov.bn atau laman sesawang HECAS.

Sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui e-mel di ask.hecas@moe.gov.bn .