Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Keputusan HECAS 2022 keluar hari ini

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa keputusan HECAS 2022 (Pengambilan Pusingan Kedua) untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei (PB) bagi tahun akademik 2022/2023 akan dikeluarkan esok selepas 8:30 pagi.

    Sehubungan itu, para pemohon bolehlah mengakses akaun HECAS masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman sesawang HECAS iaitu https://hecas.moe.gov.bn.

    Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan juga memaklumkan bahawa bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat untuk membuat rayuan, mereka diberikan tiga hari waktu bekerja untuk menghadapkan rayuan bermula 2 November.

    Hari terakhir menghadapkan surat rayuan dan dokumen-dokumen yang berkenaan adalah pada 5 November sebelum 4 petang.

    Pemohon yang berhasrat untuk membuat rayuan disarankan untuk memohon program yang berlainan daripada yang pernah dipohonkan pada Ogos atau September lalu.

    Dalam pada itu, perayu yang hendak membuat rayuan di UBD perlu menghadapkannya melalui e-mel dan ditujukan kepada Pendaftar dan Setiausaha [U.P.: Penolong Pendaftar Kemasukan dan Rekod Pelajar] UBD, office.admission@ubd.edu.bn dengan tajuk ‘APPEAL HECAS 2022 (2nd Round)’.

    Bagi perayu yang hendak membuat rayuan di UNISSA perlu menghadapkan secara hardcopy kepada Pejabat Pengurusan Akademik UNISSA, Simpang 347, Jalan Pasar Gadong, Gadong, Bandar Seri Begawan BE1310 Negara Brunei Darussalam atau melalui e-mel oam@siswa.unissa.edu.bn.

    Bagi PB pula perayu hanya perlu mengisi borang secara dalam talian melalui pautan http://bit.ly/PB2022AppealForm dan sebarang penghantaran surat rayuan secara hardcopy atau softcopy adalah tidak diperlukan dan tidak akan dilayan.

    Bagi sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian 7335984 pada waktu bekerja sahaja atau melalui e-mel admission.appeal@pb.edu.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...