Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Keputusan HECAS 2023 pusingan pertama diumumkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Keputusan bagi HECAS 2023 (Pengambilan Pusingan Pertama) untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei (PB) bagi Tahun Akademik 2023/2024 telah dikeluarkan pada 2 petang tadi.

    Sehubungan itu, para pemohon bolehlah mengakses akaun HECAS masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman sesawang HECAS iaitu https://hecas.moe.gov.bn.

    Bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat membuat rayuan, pemohon akan diberikan tiga hari waktu bekerja untuk menghadapkan rayuan mulai 10 Jun ini. Hari terakhir rayuan ialah pada 13 Jun sebelum pukul 4:30 petang.

    Pemohon rayuan disarankan memohon program berlainan daripada yang pernah dipohonkan pada Februari 2023 yang lalu.

    Surat rayuan dan dokumen bolehlah dihadapkan ke institusi-institusi yang berkenaan sama ada salinan kertas atau softcopy.

    Bagi UBD, rayuan dihadapkan secara e-mel sahaja dan hendaklah ditujukan kepada Pendaftar dan Setiausaha (U.P.: Penolong Pendaftar Kemasukan dan Rekod Pelajar) Universiti Brunei Darussalam di bawah tajuk ‘APPEAL HECAS 2023 (1st Round)’ dan e-mel: office.admission@ubd.edu.bn

    Bagi UNISSA, dihadapkan secara salinan kertas atau softcopy (e-mel) di bawah tajuk ‘APPEAL HECAS 2023 (1st Round)’ kepada Pejabat Pengurusan Akademik Universiti Islam Sultan Sharif Ali Simpang 347, Jalan Pasar Gadong, Gadong, Bandar Seri Begawan BE1310 Negara Brunei Darussalam, talian 2462000 atau 7376997 atau e-mel kepada oam@siswa.unissa.edu.bn.

    Bagi UTB, dihadapkan secara salinan kertas atau softcopy (e-mel) kepada Pendaftar dan Setiausaha Pusat Staf dan Pelajar Universiti Teknologi Brunei Jalan Tungku Link Gadong BE 1410 Negara Brunei Darussalam, talian 2461020 atau e-mel kepada admission.ug@utb.edu.bn.

    Manakala itu, bagi PB, pemohon boleh mengisi borang secara dalam talian di pautan https://ddei5-0- ctp.trendmicro.com:443/wis/clicktime/ v1/query?url=https%3a%2f%2fbit.ly%2fPB2023Appeal Form&umid=F7A01A4B-FCDF-5305-9579-14CC8EFEA71C&auth=a5dd7243e8d5885f637f5cb287f6fc448d952f90c100d0abca1f11d42b68ab98f08e38a1af6d3d48 dan mengisinya dengan lengkap.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...