Keputusan HECAS keluar esok

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi memaklumkan bahawa pengumuman bagi keputusan HECAS 2021 (pengambilan pusingan pertama) untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi tahun akademik 2021/2022 akan dikeluarkan pada 12 Jun ini pukul 8:30 pagi.

IPTA berkenan ialah Uni-versiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei (PB).

Pemohon-pemohon bolehlah mengakses akaun HECAS masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman sesawang HECAS iaitu https://hecas.moe.gov.bn.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat untuk membuat rayuan di mana pemohon diberikan masa tiga hari waktu bekerja untuk meng-hadapkan rayuan dengan hari terakhir untuk menghadapkan surat rayuan dan dokumen berkenaan adalah pada 16 Jun sebelum 4:30 petang.

Pemohon yang berhasrat untuk membuat rayuan disarankan untuk memohon ke program yang berlainan daripada yang pernah dipohonkan pada Februari lalu.

Surat rayuan dan dokumen yang berkenaan (hardcopy) bolehlah dihadapkan ke alamat-alamat iaitu UNISSA menerusi Pejabat Pengurusan Akademik, UNISSA, Simpang 347, Jalan Pasar Gadong dan UTB menerusi Pendaftar dan Setiausaha, Pusat Staf dan Pelajar UTB, Jalan Tungku Link.

E-mel rayuan dan dokumen (softcopy) yang berkenaan hendaklah disertakan dengan tajuk APPEAL HECAS 2021 (1ST ROUND) di mana untuk UBD ditujukan kepada Pendaftar dan Setiausaha (U.P.: Penolong Pendaftar Kemasukan dan Rekod Pelajar) UBD menerusi e-mel [email protected] manakala itu, bagi UTB ditujukan kepada Pendaftar dan Setiausaha Pusat Staf dan Pelajar UTB dengan e-mel [email protected]

Borang rayuan secara dalam talian pula perlu dilengkapkan melalui pautan, untuk Politeknik Brunei harus mengimbas QR Code atau melayari http://bit.ly/PB2021AppealForm.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus melalui talian 2234451, 7335984 dan 2234466 sambungan 277 (semasa waktu bekerja sahaja) atau melalui e-mel [email protected]