Keputusan HECAS pusingan pertama diumum hari ini

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa keputusan pengambilan pusingan pertama Sistem Kemasukan Berpusat Pendidikan Tinggi (HECAS) 2020 bagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei (PB) bagi tahun akademik 2020/2021 akan diumumkan esok (10 Jun), bermula jam 8:30 pagi.

Menurut kenyataan yang diterima hari ini, pemohon-pemohon boleh memeriksa akaun masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman sesawang HECAS iaitu https://hecas.moe.gov.bn.

Sementara itu, bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat untuk membuat rayuan, mereka diberikan tiga hari waktu bekerja untuk menghadapkan surat rayuan dan dokumen berkenaan ke Pejabat Pengambilan di IPTA dalam bentuk surat, e-mel atau borang rayuan secara dalam talian semasa waktu pejabat sahaja.

Menurut kenyataan itu lagi, tajuk surat rayuan atau e-mel ialah Appeal HECAS 2020 (1st Round) dengan hari terakhir untuk menghadapkan surat rayuan dan dokumen tersebut adalah pada 15 Jun sebelum pukul 4:30 petang.

Surat rayuan dan dokumen bagi salinan cetak boleh dihantar ke institusi berkenaan dengan ditujukan kepada Pendaftar dan Setiausaha, Pusat Staf dan Pelajar, Universiti Teknologi Brunei, Jalan Tungku Link, Gadong, BE 1410, Negara Brunei Darussalam.

Manakala itu, surat rayuan dan dokumen dalam bentuk soft copy, bolehlah dihantar kepada kedua-dua alamat e-mel iaitu [email protected] dengan menaip Pendaftar dan Setiausaha (U.P.: Penolong Pendaftar Kemasukan dan Rekod Pelajar), Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku Link, Gadong, BE 1410, dan [email protected] dengan menaip Pejabat Pengurusan Akademik, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Simpang 347, Jalan Pasar Gadong, Gadong, Bandar Seri Begawan.

Manakala itu, bagi Politeknik Brunei boleh mengisikan borang rayuan secara atas talian melalui laman sesawang, https://bit.ly/PB2020AppealForm. Bagi mereka yang mempunyai sebarang kesulitan dan untuk pertanyaan boleh berhubung terus ke talian, 2234451 atau 7335984 semasa waktu bekerja sahaja atau e-mel, [email protected]