Keputusan kemasukan IPTA hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Keputusan Sistem Kemasukan Berpusat Pengajian Tinggi (HECAS) 2019 (Pengambilan Pusingan Pertama) untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei bagi Tahun Akademik 2019/2020 akan diumumkan esok (12 Jun) jam 8:30 pagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, senarai pemohon-pemohon yang berjaya boleh didapati di laman sesawang HECAS iaitu https://hecas.moe.gov.bn/.

Bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat untuk membuat rayuan, mereka akan diberikan tiga hari waktu bekerja untuk menghadapkan surat rayuan dan dokumen berkenaan ke pejabat pengambilan di IPTA yang berkenaan dalam bentuk surat (hardcopy) atau e-mel pada waktu pejabat sahaja.

Tajuk surat rayuan atau e-mel ialah ‘APPEAL HECAS 2019 (1ST ROUND)’ dan hari terakhir untuk menghadapkan surat rayuan dan dokumen berkenaan adalah pada 17 Jun sebelum jam 4:30 petang.

Sila hantar surat rayuan dan dokumen yang berkenaan (hardcopy) ke Pejabat Pengurusan Akademik, UNISSA, Simpang 347, Jalan Pasar Gadong, Gadong, Bandar Seri Begawan BE1310, Negara Brunei Darussalam (talian 2462000) dan Pendaftar dan Setiausaha (U.P.: Penolong Pendaftar Kemasukan dan Rekod Pelajar), Pusat Staf dan Pelajar UTB, Jalan Tungku Link, Gadong BE 1410, Negara Brunei Darussalam (talian 2461020).

Manakala itu, sila e-mel surat rayuan dan dokumen yang berkenaan (softcopy) kepada Pendaftar dan Setiausaha (U.P.: Penolong Pendaftar Kemasukan dan Rekod Pelajar) UBD, Jalan Tungku Link, Gadong BE 1410 (Talian 246 0922/ 246 0923 menerusi office.admission@ubd.edu.bn dan Pendaftar Politeknik Brunei, Block 2E Ong Sum Ping Condominium, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1311, Negara Brunei Darussalam (2234466) melalui admission.appeal@pb.edu.bn.