Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Keputusan kes rasuah Rosmah diketahui 7 Julai

    KUALA LUMPUR, 12 MEI – Keputusan dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak akan diketahui pada 7 Julai ini.

    Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes berkenaan hari ini.

    “Kita telah sampai ke penghujung kes ini dan sudah tiba masa untuk penentuannya. Saya bercadang untuk mengambil masa selama dua bulan dari tarikh hari ini untuk mengemukakan penghakiman penuh bertulis pada 7 Julai semasa menyampaikan keputusan saya.

    “Saya akan sampaikan keputusan saya pada pukul 9 pagi pada tarikh berkenaan,” katanya.

    Rosmah, 70, dilihat di mahkamah hari ini berbaju kurung berwarna kuning, dan selendang dengan warna sepadan. – Bernama

    Keputusan dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak akan diketahui pada 7 Julai ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...