Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Keputusan kes salah guna kedudukan

    KUALA LUMPUR, 29 MEI – Keputusan sama ada bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli akan dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM), akan diketahui esok di Mahkamah Sesyen di siana.

    Hakim Rozina Ayob dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 3 petang.

    Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Rozman, 59, maka beliau akan dipanggil membela diri, manakala jika sebaliknya beliau akan dilepas dan dibebaskan.

    Pada 6 Mac lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 24 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 11 Ogos tahun lepas.

    Antara saksi pendakwaan yang dipanggil ialah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) Zulkurnain Ayub, bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan Datuk Chua Kok Ching dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan LPL Hida Jerman.

    Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd Azmi manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...