ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD
MEMBARISKAN Aiman Hakim, Aishah Azman dan Amelia Henderson sebagai teraju utama, Pengantin 100 Hari merupakan sebuah yang keluaran Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Drama arahan Amor Rizan itu juga turut dibintangi oleh Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir, Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Yusri Saleh, Faiz Izzat, Fanna Azizan, Fizi Amer, Ayu Azlina, Hafiyah Hafiz, Rose Idris dan Radin Suhaimi.
Ia mengisahkan mengenai Puan Yasmin lakonan Zila Bakarin yang bersetuju anaknya, Amar lakonan Aiman Hakim untuk berkahwin dengan Sofia lakonan Aishah Azman.
Bagaimanapun, ibunya telah meletakkan syarat bahawa anak lelakinya itu harus meng-ikut apa sahaja kehendaknya selepas berkahwin.
Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar untuk berkahwin dengan Erina lakonan Amelia Henderson sekali gus membuatkan Sofia terasa dikhianati dan meninggalkan Amar.
Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan.
Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia yang ternyata merahsiakan kehamilannya.
Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa.
Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja.
Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.
Lalu bagaimanakah kesudahannya selepas 100 hari, adakah Amar kekal menjadi suami kepada Erina atau dia kembali membina kehidupan bersama Sofia.
Justeru untuk mengetahui kesudahannya maka jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Pengantin 100 Hari yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di slot Lestary, saluran TV3.