Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Keputusan peperiksaan BCGCE O, IGCSE dikeluarkan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan hari ini mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ Level dan International General Certificates of Secondary Education (IGCSE) Oktober/November 2021 yang dilaksanakan buat pertama kalinya secara kaedah alternatif iaitu School Assessed Grades (SAG).

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Pendidikan mengongsikan bahawa seramai 5,885 orang calon yang menduduki Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ Level dan IGCSE, jumlah tersebut menurun sebanyak 4.28 peratus berbanding tahun 2020.

    Sementara yang memperoleh sekurang-kurangnya lima ‘O’ level ke atas seramai 3,324 calon atau 56.48 peratus. Manakala calon yang memperoleh sekurang-kurangnya empat ‘O’ Level ke atas adalah 3,928 (66.75 peratus).

    Bagi calon sekolah kerajaan, seramai 1,159 atau 22.86 peratus memperoleh sekurang-kurangnya lapan ‘O’ Level. Daripada 5,071 calon sekolah kerajaan, seramai 2,635 atau 51.96 peratus mendapat sekurang-kurangnya lima ‘O’ Level.

    Seramai 599 calon sekolah (10.18 peratus) mendapat Gred A dalam lima hingga 14 mata pelajaran. Seramai 67 calon (1.14 peratus) menunjukkan keputusan cemerlang dengan pencapaian Agregat 6, Gred A* dalam enam hingga 13 mata pelajaran.

    Di samping itu, 142 calon (2.41 peratus) mendapat Gred A dalam lapan hingga 14 mata pelajaran, yang mana 49 daripadanya adalah terdiri daripada calon sekolah kerajaan. Seramai 96 calon (1.63 peratus) beroleh Gred A dalam tujuh mata pelajaran, 132 calon (2.24 peratus) dalam enam mata pelajaran dan 229 calon (3.89 pe-ratus) dalam lima mata pelajaran.

    Sebanyak 39 daripada 49 buah sekolah yang terdiri dari 30 buah sekolah kerajaan dan sembilan buah sekolah swasta telah menunjukkan peningkatan di antara 1.97 peratus dan 47.78 peratus daripada pencapaian tahun 2020.

    Kenyataan turut mengongsikan bahawa pencapaian dalam mata pelajaran Brunei-Cambridge GCE O Level dan IGCSE di mana prestasi calon di peringkat nasional dalam lapan mata pelajaran utama yang mendapat Gred A hingga C meningkat di antara 0.01 peratus dan 11.93 peratus.

    Manakala sejumlah 18 mata pelajaran lain di peringkat nasional menunjukkan peningkatan di antara 4.17 peratus dan 66.67 peratus. Bagi pencapaian calon sekolah di dalam Peperiksaan IGCSE menunjukkan peningkatan bagi tujuh mata pelajaran iaitu dalam lingkungan 0.73 peratus hingga 53.33 peratus berbanding pencapaian pada tahun 2020.

    Dengan pengeluaran keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level dan IGCSE sesi Oktober/November 2021 ini, penuntut-penuntut yang telah menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah.

    Manakala calon-calon persendirian bolehlah mengambil slip keputusan masing-masing di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka. Bagi penuntut-penuntut dan orang ramai yang layak dan berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level atau IGCSE dalam bulan Mei/Jun tahun ini, dikehendaki mendaftar terus ke sekolah masing-masing atau Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (bagi calon persendirian) pada waktu pejabat dibuka.

    Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan bulan Mei/Jun adalah pada 14 Februari 2022. Manakala bagi calon-calon sekolah hendaklah menghadapkan permohonan melalui sekolah masing-masing.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...