Keputusan Peperiksaan Sijil Perdagangan diumumkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya mengumumkan bahawa keputusan Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei – November 2019 telah pun dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mengambil slip dan sijil masing-masing di Jabatan Peperiksaan pada waktu bekerja.