Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Keputusan pertama kes rasuah Suu Kyi minggu depan

    YANGON, 19 APRIL – Pemimpin Myanmar yang disingkirkan, Aung San Suu Kyi dijangka mendengar keputusan pertama dalam salah satu perbicaraan rasuahnya minggu depan, satu sumber rapat dengan kes itu memberitahu AFP, hari ini, di mana beliau berdepan kemungkinan penjara 15 tahun.

    Penerima anugerah Nobel itu telah ditahan sejak kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tahun lalu yang mencetuskan bantahan beramai-ramai, dan dia berdepan pelbagai dakwaan yang boleh menyaksikannya dijatuhi hukuman lebih 150 tahun penjara.

    Aung San Suu Kyi yang berusia 76 tahun telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana melanggar peraturan COVID-19 dan peraturan import walkie-talkie, tetapi ini adalah kali pertama keputusan kes-kes rasuahnya akan didengarkan.

    Mahkamah junta dijangka membuat keputusan pada Isnin mengenai dakwaan bahawa dia menerima rasuah daripada bekas ketua menteri Yangon, Phyo Min Thein, satu sumber yang mempunyai maklumat mengenai kes itu memberitahu AFP. Keputusan bersalah akan membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun. – AFP

    Gambar fail bertarikh 1 Februari 2016 menunjukkan Aung San Suu Kyi berjalan keluar selepas sesi parlimen dewan rendah baharu di Naypyidaw. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...