Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Keputusan PSR 2021 catat peningkatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan telah mengeluarkan keputusan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2021, hari ini.

    Buat pertama kalinya, PSR pada 2021 dilaksanakan secara kaedah alternatif iaitu School Assessed Marks (SAM), di mana para pelajar telah dinilai melalui tugasan yang merangkumi markah pelajar-pelajar sepanjang tahun pembelajaran melalui Penilaian Kendiri Sekolah (School Based Assessment).

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya, mengongsikan bahawa terdapat seramai 5,997 calon PSR bagi 2021 di mana 4,162 (69.4 peratus) adalah calon sekolah kerajaan dan 1,835 (30.59 peratus) adalah calon sekolah swasta.

    Daripada keseluruhan calon, seramai 5,239 (87.36 peratus) calon berjaya memperoleh Gred A hingga D dalam kelima-lima mata pelajaran berbanding dengan 5,297 (86.96 peratus) calon pada 2020.

    Manakala calon yang memperoleh Gred A hingga C dalam lima mata pelajaran adalah seramai 4553 calon (75.92 peratus) calon, meningkat daripada pencapaian calon pada 2020 iaitu seramai 4,515 (74.13 peratus) calon.

    Sebanyak 42 buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus lulus Gred A hingga D bagi kelima-lima mata pelajaran termasuk 25 buah sekolah kerajaan. Bagi Gred A hingga C, sebanyak 22 buah sekolah telah berjaya mencapai keputusan 100 peratus bagi kelima-lima mata pelajaran, di mana 14 buah daripadanya adalah sekolah kerajaan.

    Jumlah calon kerajaan yang memperoleh Gred A-C dalam lima mata pelajaran adalah seramai 2,984 (71.7 peratus) calon sementara itu pencapaian Gred A-C bagi calon sekolah swasta ialah seramai 1,569 (85.5 peratus) calon.

    Seramai 1,229 calon (20.49 peratus) telah mendapat Gred A dalam ke lima-lima mata pelajaran. Daripada jumlah tersebut, seramai 651 calon terdiri daripada calon-calon sekolah kerajaan.

    Secara keseluruhan seramai 1,058 (86.08 peratus) calon daripada 1,229 calon yang mendapat lima Gred A adalah terdiri daripada rakyat Brunei.

    Manakala, calon yang mendapat empat Gred A dan satu Gred B adalah seramai 810 orang yang mana seramai 567 iaitu bersamaan dengan 70 peratus, adalah daripada sekolah kerajaan.

    Mata pelajaran yang mencapai 90 peratus ke atas dalam Gred A hingga D ialah Melayu Islam Beraja (98.87 peratus), Bahasa Melayu (97.65 peratus), English Language (95.8 peratus) dan Science (95.68 peratus). Manakala bagi mata pelajaran Mathematics adalah sebanyak 88.83 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...