Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Keputusan Rizky nikahi Mahalini ditentang netizen

    Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, penyanyi Indonssia, Rizky Febian tetap mencari ruang membuat persiapan perkahwinannya dengan Mahalini tidak lama lagi.

    Memetik dari mStar, malah kata Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, 25, beliau dan bakal isterinya itu berharap urusan mereka untuk membina masjid dipermudahkan.

    “Saya dan Mahalini tidak mahu membuang masa… Sekarang kami masing-masing memang sibuk memberi fokus kepada kerjaya dan konsert yang bakal berlangsung tetapi persiapan perkahwinan tetap berjalan.

    “Sama-sama cari wang untuk merialisasikan satu tujuan yang sama. Kami berharap doa semua agar urusan (perkahwinan) dipermudahkan Allah,” katanya kepada mStar.

    Rizky ditemui ketika hadi ke konti Suria FM bagi mempromosikan album terbaharunya yang berjudul Berona.

    Penyanyi itu juga bakal mengadakan konsert An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Fabian di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur pada 3 November ini.

    Dalam pada itu, Rizky berkata, meskipun usianya masih muda namun dia tidak melihat ia sebagai halangan untuk berdepan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Mahalini.

    Sedar status seorang suami bukan perkara kecil namun Rizky yakin sokongan daripada Mahalini dapat membantunya melayari bahtera perkahwinan dengan baik.

    “Saya tidak rasa gentar… Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila saya tak kahwin.

    “Saya sedar memang akan mengharungi banyak rintangan, jadi saya dan Mahalini berjanji akan melaluinya bersama asalkan kami saling menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.

    Rizky bagaimanapun tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka dan akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai.

    Berdepan dengan kritikan netizen mengenai keputusan berkahwin, Rizky memberitahu beliau membaca setiap komen diberikan dan menjadikan ia sebagai peringatan.

    Haters sebenarnya peminat yang ambil berat tentang kita sebab mereka boleh tahu apa kekurangan kita.

    “Saya selalu beritahu Mahalini, jangan balas komen yang negatif sebaliknya ambil sebagai pengajaran dan perbaiki diri jika ada perkara yang benar diperkatakan.

    “Selagi ia tidak menyinggung keluarga, tak menabur pasir dalam periuk nasi kita, biarkan sahaja,” ujarnya. – Agensi

    Rizky dan Mahalini berharap agar orang ramai mendoakan hubungan mereka. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...