Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Keputusan vaksin Valneva memberangsangkan

    PARIS, 18 OKT – Makmal bioteknologi Perancis-Austria, Valneva mengumumkan hari ini keputusan positif daripada percubaan klinikal ke atas calon vaksin COVID-19, sebulan selepas kerajaan UK membatalkan perjanjian bekalan bersama syarikat itu.

    Britain telah menempah 100 juta dos vaksin itu untuk tahun 2021-2022 – satu-satunya tempahan setakat ini bagi Valneva, yang mempunyai kemudahan pengeluaran di Scotland.

    Kerajaan Perancis telah berkata Kesatuan Eropah masih lagi mengadakan rundingan untuk membeli vaksin itu.

    Valneva berkata percubaan fasa ketiga, dijalankan ke atas 4,012 orang dewasa di Britain, menunjukkan keputusan ‘positif’ bagi vaksin itu, memberikan antibodi lebih neutral daripada suntikan yang dibuat oleh syarikat gergasi farmaseutikal Britain, AstraZeneca.

    Vaksin VLA2001, Valneva berasaskan versi ‘tidak aktif’ koronavirus itu sendiri untuk menyingkirkan COVID-19.

    “Ini pendekatan yang lebih tradisional kepada pembuatan vaksin daripada vaksin yang setakat ini dihantar ke UK, Eropah dan Amerika Utara,” kata Adam Finn, profesor pediatrik dan ketua penyiasat di Universiti Bristol.

    “Keputusan itu menunjukkan calon vaksin ini dalam laluannya untuk memainkan peranan penting dalam mengatasi pandemik,” kata Finn dalam kenyataan syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -