Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerabat diraja meriahkan persembahan pentas

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Pelbagai persembahan berwarna-warni telah menghiburkan para pelajar, kakitangan dan ibu bapa dalam Perhimpunan Peringkat Rendah Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), hari ini.

    Turut berkenan membuat persembahan ialah paduka anakanda dan cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb yang memenangi anugerah ‘Star of the Week’ bagi pencapaian cemerlang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perhimpunan berkenaan mengetengahkan persembahan Tahun 5 yang menggambarkan subjek topik-topik kurikulum terkini mereka iaitu ‘Peneroka-peneroka Terkenal dalam Sejarah’, serta drama adaptasi Tahun 1 bertajuk ‘Billy No Fly’ mengenai adiwira yang diasingkan oleh adiwira lain kerana tidak dapat terbang.

    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan beraksi  dalam persembahan pentas mengisahkan ekspedisi individu-individu terkemuka semasa Perhimpunan Peringkat Rendah Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) kelmarin.

    Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan menyertai persembahan mengenai ekspedisi peneroka terkenal.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan menyertai persembahan mengenai ekspedisi peneroka terkenal.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah (tengah) ketika berkenan menyertai persembahan drama adaptasi ‘Billy No Fly’.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah (tengah) ketika berkenan menyertai persembahan drama adaptasi ‘Billy No Fly’.
    Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb memenangi anugerah ‘Star of the Week’.
    Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb memenangi anugerah ‘Star of the Week’.
    Salah satu persembahan yang menghiburkan.
    Salah satu persembahan yang menghiburkan.

    Persembahan Tahun 5 menyentuh mengenai ekspedisi individu-individu terkemuka seperti Marco Polo, Christopher Columbus dan Captain Cook, manakala itu, persembahan Tahun 1 pula merupakan drama muzikal dengan pengajaran mudah sesuai bagi minda-minda muda iaitu ‘tanpa mengira perbezaan, kita perlu saling bertoleransi sesama yang lain’.

    Pada asasnya di ISB, menurut kenyataan itu lagi, setiap kanak-kanak patut mempunyai peluang untuk membuat persembahan di atas pentas di hadapan ibu bapa dan rakan-rakan, sebagai cara untuk mendapatkan keyakinan diri dan keupayaan bercakap di khalayak awam. Di samping itu, ia juga merupakan peluang untuk membolehkan ibu bapa menyaksikan persembahan anak-anak mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda