SEPANYOL, 10 DIS – Raja Felipe dari Sepanyol menyertai ratusan orang yang berkabung kelmarin dalam upacara memperingati mangsa banjir yang telah mengorbankan 230 orang di timur negara itu.
Felipe dan isterinya, Ratu Letizia kembali ke wilayah Valencia, di mana selepas bencana itu mereka telah dibaling lumpur oleh penduduk tempatan yang marah kerana kekurangan bantuan daripada pihak berkuasa.
Namun pada kali ini, mereka menerima sorakan semasa tiba di katedral di Valencia, ibu kota wilayah yang paling teruk dilanda banjir pada 29 Oktober lalu.
Di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat, mereka menyertai menteri kerajaan negara, datuk bandar dan saudara mara beberapa mangsa yang terbunuh, manakala presiden wilayah Carlos Mazon, dikritik hebat kerana beliau mengendalikan bencana itu.
Hujan lebat pada 29 Oktober mencetuskan banjir kilat yang telah mengorbankan kira-kira 230 orang, menghanyutkan kereta dan memusnahkan rumah serta perniagaan, terutamanya di wilayah Valencia di pantai Mediterranean. Bagaimanapun, empat orang masih belum ditemui. – AFP