Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kerabat Sepanyol mulakan lawatan negara ke Jerman

    BERLIN, 17 OKT – Raja Felipe VI dan Ratu Letizia dari Sepanyol telah memulakan lawatan negara ke Jerman yang tertangguh selama setahun disebabkan wabak koronavirus dan akan menyaksikan raja dan presiden Jerman merasmikan Pesta Buku Frankfurt tahunan.

    Felipe telah disambut dengan penghormatan tentera oleh Presiden Frank-Walter Steinmeier hari ini di istana Bellevue ketua negara Jerman di Berlin.

    “Akhirnya kami di sini, kami sangat gembira,” kata Felipe. Beliau berkata Jerman dan Sepanyol “disatukan oleh prinsip kebebasan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang.”
    Raja juga akan mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman Olaf Scholz; melawat parlimen Jerman, dewan bandar Berlin dan Gerbang Brandenburg di ibu negara, simbol penyatuan semula Jerman selepas perang dingin dan menghadiri forum Jerman-Sepanyol yang akan menangani isu seperti peralihan kepada masa depan yang lebih hijau dan pendigitalan.

    Felipe dan Steinmeier akan merasmikan pembukaan Pesta Buku Frankfurt bersama-sama esok.

    Sepanyol merupakan tetamu kehormat pada pameran tahun ini, yang berlangsung sehingga Ahad.

    “Kami berharap ia akan membantu mempromosikan lebih banyak lagi bahasa dan budaya Sepanyol sebagai wadah untuk persefahaman antara kedua-dua rakyat kita,” kata Felipe kepada pemberita di istana presiden. – AP

    Raja Felipe VI dan Ratu Letizia dari Sepanyol menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Neue Wache di Berlin, Jerman, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...