Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan AS pertahankan keputusan Trump

    WASHINGTON, 7 Feb – Kerajaan AS semalam mempertahankan tegahan perjalanan yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump sebagai ‘amalan sah penguasaan beliau’ dan menggesa mahkamah rayuan supaya mengembalikan langkah yang telah ditangguhkan itu dalam kepentingan keselamatan negara.

    Tiga hari selepas seorang hakim persekutuan menangguhkan langkah berkontroversi itu, peguam-peguam Jabatan Kehakiman memfailkan arahan mahkamah yang mencabar injunksi seluruh negara sebagai ‘amat meluas’.

    Sesi dengar sejam ditetapkan pada hari ini pada pukul 3 petang dalam kes berisiko tinggi yang nampaknya semakin berkemungkinan diselesaikan oleh Mahkamah Agung.

    Dua tinjauan pendapat baru menunjukkan majoriti rakyat Amerika kini membantah tegahan perjalanan ke atas orang pelarian dan pelancong dari tujuh negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, yang mengakibatkan keadaan kelam kabut di lapangan terbang dan kecaman seluruh dunia, tetapi Trump tidak menunjukkan tanda akur, yang mengundang semula bidasan baru di Twitter semalam.

    “Ancaman dari pengganasan radikal Islam adalah sangat nyata, lihat pada apa yang berlaku di Eropah dan Timur Tengah. Mahkamah mesti bertindak pantas!, beliau menulis.

    Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat akan mendengarkan hujah-hujah lisan dalam cabaran terhadap larangan perjalanan yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump. – AFP
    Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat akan mendengarkan hujah-hujah lisan dalam cabaran terhadap larangan perjalanan yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump. – AFP

    Awal hari ini, ketika lawatan ke Kawalan Pusat AS di Tampa, Florida, Trump menuduh media memperkecil-kecilkan ancaman ganas yang menjadi alasan pentadbiran beliau untuk mewajarkan tegahannya, dengan mengatakan ia tidak mengendahkan kekejaman pejuang jihad.”

    Meskipun beliau gagal memberikan bukti konspirasi oleh media, Rumah Putih kemudian mengedarkan senarai 78 serangan yang menurutnya ‘dilakukan atau didorong’ oleh kumpulan Islam IS, dengan mengatakan kebanyakannya gagal mendapat liputan media yang mencukupi.

    Bagaimanapun dakwaan itu tidak mengendahkan jumlah besar laporan tentang serangan ini oleh kumpulan pejuang jihad dan penyokong-penyokongnya di negara-negara Barat.

    Arahan Trump terus tidak membenarkan kemasukan semua orang pelarian selama 120 hari, dan pelancong dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari, satu langkah yang menurut para pengkritik akan menjejaskan kepentingan AS, orang pelarian dari Syria disekat bagi tempoh yang tidak ditetapkan.

    Presiden berkata tegahan itu sebenarnya mengetatkan kawalan keselamatan AS ke atas ancaman ganas asing, dengan merujuk kepada serangan 11 September 2001 meskipun para perampas tidak mempunyai kaitan dengan negara-negara yang disebutkan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda