Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kerajaan Asia digesa longgarkan lagi sekatan perjalanan

    KUALA LUMPUR, 18 APRIL – Capital A Bhd, syarikat pegangan AirAsia Aviation Group, menggesa kerajaan di seluruh Asia untuk melonggarkan lagi sekatan perjalanan bagi memulihkan semula ekonomi global.

    Presiden (komersial) Capital A Colin Currie berkata pemulihan semula sektor pelancongan adalah penting untuk menyokong kehidupan penduduk di ASEAN kerana ia menyumbang 13 peratus daripada keluaran dalam negara kasar agregat perkumpulan serantau itu dan enam peratus daripada jumlah pekerjaan.

    “Kami berterima kasih kepada kerajaan di ASEAN yang akhirnya membuka semula sempadan mereka.

    Ini adalah langkah pertama yang baik untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi.

    “Dengan peratusan tinggi penduduk di ASEAN sudah lengkap divaksin, kami percaya sudah sampai masanya untuk mengkaji semula halangan membebankan yang masih menyekat perjalanan udara termasuk pelbagai keperluan ujian sebelum berlepas dan juga semasa ketibaan, kertas kerja tambahan dan insurans perjalanan COVID yang mahal,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation, Bo Lingam berkata keperluan ujian COVID, termasuk bilangan dan jenis ujian yang terlibat, perlu sentiasa disemak semula bagi memastikan ia kekal relevan tanpa membebankan pengembara atau menjejaskan kesihatan awam.

    “Pemulihan global bagi perjalanan udara sedang bermula sekarang. Kami gembira banyak negara telah pun memudahkan urusan perjalanan dan lebih mesra pelancong.

    “Negara-negara yang berusaha keras untuk mengekang pandemik itu dan bukan sebaliknya menanganinya, seperti yang kita lakukan bagi penyakit lain, berdepan risiko terlepas manfaat ekonomi yang besar,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...