Saturday, January 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan cadang tambah kuota harian pengembara VTL-Darat

    KUALA LUMPUR, 16 DIS – Kerajaan bercadang meningkatkan kuota harian pengembara warga Malaysia dan Singapura menerusi kemudahan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Laluan Darat (VTL-Darat) kepada 2,100 orang sehala mengikut perkembangan situasi wabak COVID-19.

    Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata setakat ini, tempoh kuarantin tidak dikenakan terhadap pengembara ekoran kadar vaksinasi yang tinggi di kedua-dua negara.

    Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sentiasa memantau situasi kesihatan semasa dan sekiranya terdapat sebarang indikasi berkaitan COVID-19, Kementerian Kesihatan akan memberi nasihat yang sewajarnya.

    “Sebab itu kita membuka sempadan ini secara berhati-hati dan tidak secara mendadak, serta jumlah kuota harian ketika ini masih ditetapkan 1,440 orang untuk satu hala dan pada 20 Dis ini, sekiranya situasi membenarkan, kita akan naikkan kepada 2,100 orang pengembara setiap hari, satu hala. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda