Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan China adakan latihan ketenteraan

    BEIJING, 10 Ogos – Kerajaan China akan mengadakan latihan ketenteraan ‘‘penting’ di perairan antara China dan Semenanjung Korea mulai Jumaat hingga Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

    Pentadbiran Keselamatan Maritim China berkata, latihan ketenteraan itu akan dijalankan di lima lokasi di timur laut Qingdao, sebuah pelabuhan di pantai timur Wilayah Shandong.

    Spekulasi tersebar meluas yang China mungkin akan menggunakan pesawat buatan tempatan pertamanya dalam latihan ketenteraan itu.

    Latihan terbaru itu dijalankan ketika pertikaian perdagagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) serta rundingan antara Korea Utara dan AS mengenai Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.

    Pada Ogos tahun lepas, latihan sama dijalankan China ketika ketegangan antara Pyongyang dan Washington memuncak berhubung program senjata nuklear. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda