Kerajaan digesa laksana garis panduan ICAO

KUALA LUMPUR, 2 JUN – Kerajaan digesa mempercepatkan pelaksanaan garis panduan global Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi memulihkan kesaling-hubungan udara, menurut Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Alexandre de Juniac.

Beliau berkata Majlis ICAO hari ini meluluskan rangka kerja yang berwibawa dan komprehensif mengenai langkah-langkah sementara berasaskan risiko bagi operasi pengangkutan udara semasa krisis COVID-19, ‘Berlepas: Garis Panduan Perjalanan Udara berikutan Krisis Kesihatan Awam COVID-19’.

“Pelaksanaan universal piawaian global telah menjadikan penerbangan yang selamat. Pendekatan yang serupa juga adalah kritikal dalam krisis ini, justeru, kita dapat memulihkan kesalinghubungan udara apabila sempadan dan ekonomi dibuka semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut De Juniac, dokumen garis panduan berlepas itu dihasilkan dengan kepakaran terbaik kerajaan dan industri serta sokongan kukuh daripada syarikat-syarikat penerbangan.

“Kini, kita menunggu kerajaan untuk melaksanakan segera saranan-saranan ini kerana dunia mahu mengembara semula dan memerlukan syarikat penerbangan untuk memainkan peranan utama dalam pemulihan ekonomi. – Bernama