Kerajaan Filipina kecam pembunuhan petani

MANILA, 22 Okt – Kerajaan Filipina dan pihak polis mengecam pembunuhan sembilan petani ladang tebu, termasuk dua kanak yang berlaku di tengah Filipina dan menyifatkan pertumpahan darah itu sebagai kejam.

Ketua pengarah Polis Kebangsaan Filipina (PNP) hari ini berikrar untuk menjalankan siasatan dengan segera untuk menahan suspek.

Menurut polis penyiasat, lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak dan membunuh sembilan pekerja kira-kira jam 9:45 malam waktu setempat pada malam Sabtu apabila mereka berehat di Hacienda Nene, Bandar Sagay.

“Istana Presiden sangat bimbang dengan insiden itu dan PNP sudah mengarahkan untuk menjalankan siasatan yang adil dan teliti ke atas tindakan pengecut ini,” beritahu jurucakap presiden dan Ketua Penasihat Perundangan Presiden, Salvador Panelo dalam satu kenyataan malam kelmarin.

Para pekerja dituduh memiliki ladang pertanian di Hacienda Nene sehari selepas pemilik ladang itu menuai tebu. Tiga daripada pekerja yang terkorban disyaki telah dibakar oleh suspek.

Stesen Polis Bandar Sagay berkata para penyiasat mensyaki konflik tanah sebagai motif kenapa insiden itu berlaku.

“Keluarga mangsa menuntut kepada pihak kerajaan yang akan menguatkuasakan undang-undang yang tegas ke atas para penjenayah,” kata Panelo.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, serangan berdarah itu mencetuskan kemarahan di negara itu termasuk kritikan terhadap program yang lambat mengagihkan tanah ladang kepada berjuta-juta pemegang pawah, petani menyewa yang memberikan sebahagian daripada hasil tanaman sebagai sewa. – Xinhua/AFP

Para pembantah berhimpun di luar kem tentera dan polis bagi membantah terhadap pembunuhan yang berlaku ke atas sembilan petani di Bandar Sagay kelmarin. – AP