Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kerajaan Greece terselamat undi tidak percaya

    ATHENS, 27 JAN – Kerajaan Greece hari ini terselamat daripada undi tidak percaya yang dibuat oleh pihak pembangkang mengenai skandal mengintip dengar di mana pegawai-pegawai atasan menjadi sasaran oleh perisik negara selama berbulan-bulan.

    Usul itu dikalahkan dengan 156 undi berbanding 143 daripada 300 kerusi dewan, kata naib pengerusi parlimen, Haralambos Athanassiou selepas pengiraan rasmi.

    Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis mengalu-alukan undian itu sebagai peluang untuk mempromosikan rekod kerajaannya menjelang pilihan raya pada musim bunga.

    “Saya inginkan perbandingan, bukan konflik,” kata Mitsotakis selepas pihak pembangkang menggesa untuk undian dibuat pada Rabu.

    “Tindakan itu saya alu-alukan…ia adalah peluang yang sangat baik untuk mengesahkan perpaduan kumpulan parlimen kami,” kata perdana menteri itu.

    Bekas perdana menteri berhaluan kiri, Alexis Tsipras pada Rabu menggesa untuk mengadakan undi tidak percaya dan menggesa agar Mitsotakis meletak jawatan.

    “Perdana menteri ini tidak lagi boleh kekal memegang jawatan,” kata bekas perdana menteri itu.

    Mitsotakis merupakan ‘perancang dan ketua’ di sebalik ‘rangkaian jenayah’ yang telah mengintip telefon pegawai-pegawai, dakwa Tsipras.

    Bekas perdana menteri itu berkata bahawa dia mempunyai bukti kukuh daripada pemerhati komunikasi Greece, ADAE selepas ia membuat audit ke atas operator telekomunikasi negara itu bulan lalu. – AFP

    Kyriakos Mitsotakis menyampaikan ucapan ketika debat parlimen mengenai undi tidak percaya di Athens, 27 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...