Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Kerajaan lulus dasar majukan pertanian

    PHNOM PENH, 9 SEPT – Majlis Menteri-menteri Kemboja hari ini meluluskan dasar perkembangan pertanian kebangsaan bagi 2022-2030.

    Jurucakap bagi kerajaan, Phay Siphan berkata kelulusan itu dibuat semasa pertemuan mingguan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Samdech Techno Hun Sen.

    Dia berkata dasar itu bertujuan untuk meningkatkan sektor pertanian negara menerusi pemodenan, meningkatkan produktiviti, kepelbagaian dan persaingan komersial bagi memastikan keselamatan makanan.

    “Dasar kebangsaan ini sangat penting,” ujar Siphan, kerana ia ‘akan membimbing semua stakeholder untuk melakukan tindakan perancangan khusus untuk mencapai visi.”

    “Ia akan mengubah sektor pertanian Kemboja menjadi lebih moden, bersaingan, terangkum, berdaya tahan dan mampan yang akan me-

    ningkatkan pendapatan keluarga peladang dan taraf hidup penduduk Kemboja,” tambahnya.

    Kira-kira 75 peratus penduduk Kemboja tinggal di kawasan perkampungan dan sektor pertanian negara menjana 3.12 juta pekerjaan, bersamaan dengan 35.5 peratus kadar pekerjaan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan