Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Kerajaan Malaysia digesa ambil tindakan ke atas Jocelyn Chia

    KUALA LUMPUR, 9 JUN– Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas pelawak Jocelyn Chia, termasuk mengharamkan kemasukannya ke Malaysia.

    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata perbuatan wanita berkenaan, jelas tidak mencerminkan sikap sensitiviti terhadap rakyat Malaysia.

    “Wanita berkenaan perlu diambil tindakan mengikut undang-undang, kerana lawak yang dibuatnya keterlaluan melibatkan kehilangan pesawat MH370, ternyata melukakan hati waris mangsa,” katanya kepada pemberita selepas berarak membantah isu hina Malaysia oleh Chia di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

    Terdahulu, Muhammad Akmal bersama Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Nicole Wong Siaw Ting, menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat hari ini.

    Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengecam tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh Chia, yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara.

    Pada Rabu, tular video Chia ketika membuat persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’, memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat itu, selain membuat kenyataan jelik tentang Malaysia dan tindakan itu mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

    Susulan itu, kerajaan Singapura memohon maaf selain menegaskan kenyataan Chia itu tidak sama sekali mencerminkan pandangan Republik itu, selain memaklumkan wanita itu bukan lagi warganegaranya. – Bernama

    Dr Muhamad Akmal Saleh menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL pada 8 Jun lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...